Thursday, July 30, 2009

KESIBUKAN TERLAMPAU SI ATANTUYA

AR tu kat atas..atan tgh tepon aku la tu bgtau dia bizi..betul conversation yg sengaja direka seperti di bawah:

Atan : Kak Aida, atan bizi tahap 'zizi' dua minggu tau..1 minggu kat sarawak, 1 minggu kat Melaka shooting AF raya.

Kak Aida : Ada Aku kesah? Cak cak cak

Atan : Kak aida, ko pesan kat abg chel, uji dgn neni, nanti aku balik dari Melaka aku belanja korunk makan yer..ckp dgn abg chel jgn merajuk tau...

Kak Aida : Ada Aku kesah???

Atan : Kak aida, aku rasa nak Lempunk muka ko la kak, boleh tak kak???!!!!

Kak Aida : HUH!! Itu aku KESAH!!!!!



Yo..wassup alls..korunks..atan sibuk tahap penyibuk katanya..tahun lepas dia sms akak dia kata dia BIZI tahap Cipan keja opis..pastu atan kata kalau sesapa nk pinang dia tahun ni..hope korunk leh tangguhkan proses peminangan ke tahun depan sbb atan bizi nak shortlisted candidated.. Tu la akak pun ada perasan dia asyik pakai short pants je dua tiga minggu lepas (apa kena mengena shortlisted dgn short pants?) Now atan kat Melaka, pegi cari masalah kat sana...byk masalah negara nak diselesaikan kat sana menurut kata beliau ler...

akak syorkan korunk hari2 tgk blog KLUBBKIDD sbb kat sana byk gambar best2..gua tak mo paste, taip je word klubbkidd genti korunk jumpa, gambar fresh make from oven...ada baik??..tak reti2 hoh :P


AKu sukA BelasAh oRg yg Kacau Aku Tido!!!
DeLuRvE

Wednesday, July 29, 2009

INI BUKAN KUCING SAYA..TAPI SAYA SUKA KUCING

Tetiba je kan..ada kucin kat sini...ar...kucing..kucing...tomelnyer...geramnye..kalau aku masak lemak kucing hari ni okes tak??? waha ahahhahah

REgards
Ada Kerja tp Mcm takde kerja
DeLUVU



Tuesday, July 28, 2009

BILA MANGKUK HAYUN KU BERSUARA


"yazid akan menyanyikan sebuah lagu inggeris yg bertajuk SUWEY...boleh tak?" begitulah antara ungkapan yazid yg smpt mangkuk air rakamkan..huh SUWEY ke SWAY bro?>...kui kui kui...
Ac tgh interbiu zizi, ac tanya bile nak pinang Atan?..hehehhe

Last konsert atan kena serbu, org2 saghawak suka benar rambut nya..hahahah, nak buat Laksa sarghawak ok?

Rambut atan dikawal ketat oleh Pak Guard..eh..aku salah ckp ker???

hehhe..zizi aim atan dari belakang, kak isma maintain jerw..control windu abg zul ye?..


Note : mangkuk tingkat tak dpt capture pic nicely, rasa nak potong gaji mangkuk tingkatku..huh
Mangkuk tingkat dah malas, dia amik pic kat screen besar jer..

Lagu Ini Rindu..du dud dudududududu


HAHAHAH..
MELALUI MANGKUK TINGKAT YG AKAK SELALU BAWAK KEHULU KEHILIR, MANGKUK AJAIB AKAK MENGATAKAN YG BELIAU TELAH MENEROPONG YAJID DI KUCHING SAGHAWAK.
WAH2..BUKAN MAIN LAGI DUA EKOR CIKENET TU BERCENGKERAMA. KEJADIAN TU KAT PADANG MERDEKA DEPAN MERDEKA PALACE. MANGKUK HAYUN GAK KASITAU BEBUDAK AF ADA LAGU DUET DGN PASANGAN MASING2..WAH WAH WAH..

YAZID NYANYI LAGU YAPAPA, SWAY & INI RINDU DUET BERSAMA ZIZI. GEREK SEYH.
CAYALAH VERY MATCH COUPLE. SWEET JAK. YAZID PAKAI BAJU BELANG IJAU DGN JAKET ITAM, ZIZI PAKAI BAJU PINK BEBET. HEHEHHE


MANGKUK AIR
DELURVE

Wednesday, July 22, 2009

PUSAK....NAN CUTE

Hye, Papolah Kitak tek, Kenak Pusak Congek tok nangga kitak tek...eii cute tek pusak Kamek ni?..heheh..sik caya kah kamek blh madah kelakar saghawak? Sikit2 jak..

Okla, si miak megi ke KUCHING sarawak naik belon petang tadi. Nya ke sinun ada apa tok, REUNION nembiak2 AF7...Pesanan Yazid -nya madah nya bizi...nya mtk maaf 2 minggu nya sik blh chat dgn Fans2 nya..sik apalah yajid, mun balit KL jgn lupa bwk byk PUSAK dua tiga ekor.

Oklah kak aida nak tdo...ngantuk....line mcm taik Pusak juak..hehhe

Chow.
Delurve

Monday, July 20, 2009

MUKA BUKU - FACEBOOK ATAN IS COMING!!!!!!!!!!!!!!

YIEHA..MUKA BUKU ATAN TELAH PUN ADA DI LAMAN FACEBOOK..KUI KUI...KUI...KORUNKS SUME ADD ATANTUYA KAT

yazid_kamal@yahoo.com


MENURUT ATANTUYA DIE MTK TLG APIS TLG SETUPKAN FACEBOOK.. TELIMA KASIH APIS..NANTI AKAK BELANJA MEGI HAOLIAO YER...DIORANG WAT NI KAT TELUK INTAN MASA JELAJAH ERA HARI TU..TGK AR TGK, APIS KAWAN YG BAIK..ATAN NI NAK KENA UGUT LAGI NI DGN LINTAH NI BARU DIA NAK BUAT NI BENDA2 CAMNI NIH...

OKAY SELAMAT MENATAP "MUKA BUKU" ATANS. SAPA2 YG NAK ADD KAK AIDA PUN LEH GAK, KAK AIDA SEDIA DI ADD..



yg ado
DelurVe

thecint@yahoo.com

ROADTOUR TELUK INTAN 18.07.2009

kedit to : pic ni dicurik hhehe..

Atans ke Teluk intan 18.07.2009, dia nyanyi lagu Terharu dgn lagu Yapapadem dia tu.
Time dia kuar je, ada la org menjerit2 ckp dia Michael Jackson...kui kui..hensem pe Michael Jackson. Not Bad la atans that nite, dia cool sempoi..Gud Luck Atans.
Pic lain nanti gua try curik kat tempat lain..hahahah

Yg suka mencurik Picture Atans :)
Delurve

Friday, July 17, 2009

GENTING TIME

Ar..ni time kat tempat menatang kat Genting, atan pesan burung merak tu jgn over gediks sbb dia nak dia paling hensem dalam gambar pastu merak tu jwb "ada aku kesah???!!" tu yg atans terus toya control malu sikit tu..ahahhahahhah

ni time kitowang kat London, time tu atan ckp suh teman dia cari aweks, so gua teman ar..mana tau kot2 ada yg nak culik die..dia kan perasan hensem, dia takut tempat nak cari awek tu byk lintah kan..so dia mtk la aku teman...hahahahahah, korang nmpk tak apa aku nmpk?..tak nmpk kan..betul la aku pun tak nmpk mana driver bas london ni..Pakcik driver tu nama dia Pak Kassim b.Kulup...neway...korunk percaya ke apa aku ckp ni.....jap aku tgk balik dlm bas tu ada berapa org...choi...Kat Genting bajet la nak ckp kat LOndon..agak2 ar menipu kan bedah..satu malaysia dah ke Genting..nak mampus sik tipu org jerw..hahaha..

Hai alls..hari tu 27 hb kitowang gi Genting, sbb nak cari masalah kat Genting, apa korang igt genting tempat ni jamming ker..apa lagi kitowang gi mencanak ar kat Genting..usha line, ngorat anak dara org, yg tak de dara tu kitowang tak tau la plak camne nak bezakan..heheh...

Budak dua ekor ni dgn muke selamba H1N1 berbangga setelah dpt mendera Kak aida, kak aida dipaksa menaiki SPACESHOT, CORKSCREW, CYCLON, FLYING COASTER, masuk tempat haiwan dan kak aida telah didera dgn teruk di kawasan mental bile memasuki premis ULAR SAWA. ATAn yg berniat jahat telah berkomplot dgn kak Uji menakutkan Kak Aida dgn ular sawa yg sebesar Pokok ketapang tu..CHOI sgt!!!! Kak aida tunggu masa balas dendam kat ATAN -- Lintah ON the WAY!!!




kak aida tgh cari pasal dgn atan sebab atan dah ugut kak aida nak mms pic ular sawa hari2 pastu kak aida nak mms pic LINTAH hari2 kat atan..berbalas pantun nampak..huh! ada aku kesah????


* Nota Kaki berkuraps : ada byk lagih gambar, kak aida nak edit letak gambar lintah dulu kat pic as watermark pastu nak suh atan tgk ...kak aida lagi CHOi dari atantuya..ada aku kesah..cak cak cak cak...


Yg X logiks tp Gediks Geduks
Delurves :P

Wednesday, July 15, 2009

PELANCARAN ALBUM HAFIZ AF7 14 JULAI 2009

* credit/debit to www.budiey.com*
*credit / debit to www.budiey.com*


Wei kengkawan, album apeace and the gang dah kuar..sedap siot lagu Apeace, atan balik umah semalam pun ckp lagu apeace sedap dimakan begitu sajer.
Ada satu lagu yg atan paling suka dalam album tu tajuknya "KU AKUI".
Pastu pasang je album tu sampi lebam.. tp mmg best ar lagu apis..akak suker..
Lagu2 bebudak ni yg best mcm beskut ialah:
AKIM - BENGANG
ARIL - TOKSID
ISMA - BISIKAN GODAAN
*YAZID - YA PAPA

Korunk jgn lupe dptkan album Baru Apis and the Gang, kalau beli cetak rompak akak tau tau, akak belasah, tak kira..akak bakar kedai cina yg jual tu. Huh! Lagu MASIH JELAS syahdu dan mendayu. Cair mak dengar. Auw... Selalunya kak aida kalau masuk bilik air tak kisah la mandi ke @ memerut mesti nyanyi lagu Apis & Akim. Feel Gitu..

yg best cam beskal tua
DeLurVe 1.44tghri / 15/07/2009

Tuesday, July 14, 2009

EKSYENTIVITI Yazid a.k.a Atan

  • 1 Julai 2009 - Gathering di Restoran Rebung * Remark - Selesai
  • 3 - 5 Julai 2009 - Sambutan Hari Bapa di Tasik Kenyir Terengganu
  • 9 Julai 2009 - Rehearsal for pelancaran Album Hafiz di Heaven Studio
  • 13 - 15 Julai 09 - Recording Lagu Raya
  • 14 Julai 09 - Pelancaran Album Hafiz
  • 17 - 19 Julai 09 - SHOW Jelajah Era di MENARA CONDONG Teluk Intan
  • 18 Julai 09 - Praktis Di Aswara
  • 23 -26 Julai 09 - KONSERT Reunion AF7 di Kuching Sarawak
  • 27 - 02 Ogos - Shooting AF7 Raya

Sekian terima kasih, kalau ada perubahan bukan masalah gua erh..tu setakat yg diberitahu lah setelah gua memaksa dan menggugut beliau menggunakkan gambar sekor lintah. Lain2 hal gua tak masuk campur. Igt,jgn cari pasal dgn gua kang gua geget sorang2..ar makan budak...

Yg suka cari pasal

Delurve

Sunday, July 12, 2009

KONSERT JELAJAH ERA DI TELUK INTAN YEOP & YONG OI..

*Debit gambo dari Nurul kekdahnye..jgn mara*

KONSERT JELAJAH ERA TELUK INTAN PERAK KOME OI 17,18 & 19 JULAI 2009 (Jumpa di sana..sana..sana..sana...)

JENG..JENG..OI KOME DOGHEYAN DAH BERBUNGA, NI AKU NAK NGABO DKT KOME LA KAN SI ATAN TU N GEGOR TELUK INTAN OI UJUNG MINGGU OI KOME OI, KEPADA SAPE2 YG MINAT BEBENOR KAT SI ATAN TU APALAGI LE KOME KE MANA LAGI..TU MESTI LA MENARA CONDONG TU..JOM KITA SENGETKAN MENARA CONDONG..LAPORPOWATAKUNSI..

CHOW BEBEH
DELURVE.

Thursday, July 9, 2009

BERITA HARI KHAMIS - 09.07.2009







Batu Pahat, 5 Julai 2009



Seorang guru wanita Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn Batu Pahat di sini telah disunting oleh Jejaka yang berasal dari entah (Aku pun tak tau).. hahah, nama gadis terSEBUT ialah ShuFARAH....Yazid yg mengetahui berita tersebut pada awal tgh malam tadi menangis tersedu-sedu kerana telah kekurangan calon bakal isterinya. Buat Yazid harap bawak2 bersabar..hahahah. Padan Muke Ko Yazid.

Shupa yang juga merupakan ahli Dancers yg disayangi keluarga Ibrahim dari awal lagi telah mengecewakan Yazid sebelum ini yg bermain tarik tali dengannya. Padan muke ko yazid..Sebelum ini Shupa juga dikatakan telah mengajak Yazid menikah tetapi ditolak Masak-masak oleh Yazid yg sombong ala2 nak terjun lombong tu. (hahah aku tipu lagi).

Ciri-ciri isteri Mitali yang dicari oleh Yazid a.k.a atan ialah :

1. Bergigi Mancung (Injap intercooler Turbo tahap 8)

2. Pendek / Kecik / katik - tinggi tak lebih dari 4 kaki @ saiz ayam seram

3. Berambut Panjang

4. Bermata burung Hantu

Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri seperti di atas sila hubungi kak aida di talian yang tertera di kaca komputer anda. Selamat mencuba..:)

Tahniah Shupa. Jgn ober gediks

Nota kaki bercagu : "Shupa, ko boleh tak anto gambo ko bertunang tu hari kat Gua...ko kang aku kecik ati kang, aku gak yg susah...chow..Buat Nomot yang memendam perasaan pada neni, bwk2 rilek,abah brahim kata thn depan klau ko dah cukup wit nak pinang neni, tlg kasitau ekh nak wat press conference"

Yang tak betul sikit..mwah..hahahhaha
DeCinta Melisa

Saturday, July 4, 2009

BULETIN MEROYAN --YAZID BUAT HAL LAGI




AKHBAR : HARI-HARI MEROYAN
TAJUK UTAMA : YAZID WAT HAL DI GATHERING FRENSCLUB YAZIDANCERS DI RESTORAN REBUNG JALAN MAAROF BANGSAR 1 JULAI 2009

Kuala Lumpur, Rabu- 1 Julai 2009 - Yazid Ibrahim bekas finalis Akademi Fantasia musim ketujuh buat hal lagi?? Huh, apakah ini?..Yazid telah menimbulkan keramahan orang ramai di Jalan Maarof Bangsar kerana menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Yazid di katakan membawa seramai 60 orang kaki samseng dan mula menduduki premis Restoran Rebung pada jam 8.00 malam. Dengan senyuman penuh bermakna mereka dikatakan mula mengambil sejug air dan menuang air ke dalam gelas masing-masing. Kemudian mereka bingkas bangun sambil mengambil nasik tomato beserta ayam masak merah, dan ada juga di antara mereka yang mengambil chicken wings sambil di makan bersama sos cili yang pekat melanda.

Selain daripada itu ada juga antara kaki samseng yang di gelar Dancers dengan syok sendirinya mengambil microfon sambil menyanyikan beberapa buah lagu, antara Dancers yg dikenal pasti mensumbangkan lagu tersebut adalah : Along @ Grolong dengan lagu beliau - AKU CINTA PADAMU, Yana & ALong dengan Lagu HATI KAMA, LIYANA dengan Lagu Elyana - KALIS RINDU, Abg Botak menyanyikan dua buah lagu manakala isteri kepada ENCIK IBRAHIM GREAT ESTERN telah menyanyikan lagu daripada Kris Dayanti iaitu MENCINTAIMU dengan bangganya tanpa ada pitching yang lari walau 4 x 400 sekalipun.

Konco dancers yang di geruni iaitu NOMOT telah menghadiahkan sekuntum bunga yang telah dicuri di premis tersebut kepada NENI (iaitu kakak yazid sendiri). Mereka berdua ini berjaya menggegarkan pentas dan hampir menyebabkan beberapa ekor semut yg berada berhampiran bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing. beberapa lagi Dancers ganas yang mencatatkan beberapa rekod jenayah lampau sebelum ini iaitu kesalahan mereka ialah membunuh beberapa ekor nyamuk tiruk semasa mereka bercamping di dalam hutan, iaitu NURUL, WAFI & DEE telah menangkap beberapa keping gambar Yazid dan menimbulkan kemarahan KAK CHIKU seorang lagi Dancers yang dikehendaki Polis Bangladesh.

Orang kanan Yazid iaitu kak uji telah melakukan beberapa cubaan mengorat sambil diperhatikan oleh otaimer beliau iaitu ABAH BRAHIM & ABG CHEL sementara EDMUND COUTOURE yang turut berada di tempat kejadian hanya mengusha dan malas nak amik port atas apa jua yang berlaku kerana tidak memahami sepatah haram pun yang orang lain cakap sebab beliau orang putih la katakan..

ROMI & FAIZI pengganas professional dikatakan hanya menjadi tukang coverline pada malam tersebut dan FAIZI dengan plastiknya mengambil gambar berdua dengan YAZID. Persaingan dua penjuru ini adalah diakibatkan atas dasar tekanan perasaan yang di alami oleh FAIZI kerana sebelum ini FAIZI pernah diCantas jalannye oleh YAZID..ehem-ehem, paham2 sendiri la ye. ROMI seorang tukang COVER yang handal telah dikantoikan oleh NENI apabila memanggil FAIZI dengan satu nama yang pernah didengar oleh YAZID sebelum ini --jeng jeng jeng..

YAZID dan samseng2 yang seramai 60 orang itu telah meninggalkan premis pada jam 11.30 malam tanpa ada pertumpahan darah cuma pertumpahan sos dan juga air minuman. Banyak juga pinggan & mangkuk yang "bocor" kerana isi dalamnya telah selamat memasuki saluran PANKREAS masing-masing.

YAZID dengan ganasnya juga menyanyikan beberapa buah lagu antaranya "AYAHKU KAHWIN LAGI, AKU SEMUT MERAH, ENJIT2 SEMUT & BIAR SAKIT GIGI DARIPADA DITIPU JANDA"..(hahahha..aku wat cite lagi)

Pemenang2 cabutan bertuah yang mana di cabut nombornya oleh YAZID telah dihadiahkan dengan hadiah2 seperti berikut :

Hadiah utama :

1. Melancong tak balik2 ke PARIT.

Hadiah SAGUhati
1. Batu Bata
2. Peti Ais 18 pintu


Majlis berakhir dengan penuh senyuman daripada YAZID yang berjaya mencari calon-calon isterinya..HAHHAHHA---kak aida gelak puaka lagi.

OKAYlah berita dah habis, nanti esok2 kak aida mengarut lagi yer


Berita dari
Takde NAMA

Delurver
3.24 pagi --tak tido2

COLAN-COLANNYE ADALAH----

"Well..we all dah ditakdirkan bersama, untuk pesaing-pesaing saya yg lain saya ucapkan bwk2 bersabar dan tarik nafas pnjang2"--begitulah antara kata2 kak chiku bila diinterbiu oleh NoMOT masa gathering hari tu..kelas kan, sengaja kan??? korunk tau tak betapa eksyennya kak chiku tau, ar siap selak2 rambut dia lagi tau..aku tak tipu aku bohong jer..

now atan takde pilihan lain selain mendedahkan identiti sebenar kekasih barunya..opps bukan kak liza rupanya, kak chiku berjaya merampas atan dari kak liza. Tahniah kak chiku. Yg kat belakang tu masih menaruh harapan selain meminta NOMOT mencari pembekal tisu sbb rasanya Nurul akan diserang virus baru iaitu J.E.L.E.S +2.
Kak Liza-- senyum ko tu nampak no plastiknye kak..kak akui la hakikat, kak chiku skang di tangga teratas carta kak.. Nak wat camne, baik ko bodek aku cepat..

Regards
DeLurVe -- Ape2 Jela

HENSEM KAH AKU INI


SOALAN MATEMATIK SPM KERTAS JULAI 1948


Adakah aku hensem??


A. YA
B. TIDAK
C. KADANG-KADANG
D. PERASAAN SEMATA-MATA
E. TIDAK SAMA SEKALI
F. TANYA PAKAR KULIT


PENDAPAT PAKAR
atan--ini pandangan ikhlas akak la kan, ko bukan tak hensem tapi demi tak mengecikkan hati ketua kampung akak kat perak tu, akk kena gak la puji beliau, so ko kena terima hakikat yg ketua kampung akak DULU tu memang hensem lebih hensem dari Michael Jackson...habis apa masalah ko skang? Tak puashati? Hahahahhaha..aku meroyan pagi2 buta..HATISUKA aku la..:P

p/s: jwpn yg sbnrnya adalah D..ada bantahan, sila hantar bantahan kepada aidamelisa410@yahoo.com


Regards
DeLurvE --Mulut Puaka

Yahoo..aku dpt aweks..aku dpt aweks..Gadis gadis..

Atan begitu bersemangat dikelilingi gadis2 time gath mlm tu, ada dua tiga yg atan dah pilih nak jadi calon bini beliau..syabas bete, syabas, Opps - abah brahim pun dah dpt dah dua tiga calon utk isi tiga tempat kosong kui2..kui..kui..like son like father gitu..Ok atan,nanti akak buat shortlisted nama2 gadis yg ko dah usha hari tu..nanti kita pegi masuk meminang diorang ekh..
antara nama2 tersebut adalah seperti berikut:
1. Kak liza @ kak sweet..auw..
2. Nurul
3. Wafi
4. Liyana
5. Rozie
6.Aishah
7.Dee
8.Kak Chiku
9.Wani
10.Yana
yg lain aku tak igt, nanti aku tgk list balik..hahahahahahha..gelak sengsorang..hahahha

NAMA 2 DI BWH SENGAJA AKU CIPTA2 ---NAK CARI PASAL.SUKAHATI AKU LA NAK TULIS APA..HEHHE

11.Nomot
(hei..apa ko gile ye kak aida..sorry mot akak sengaja letak nama ko, saja nak
membawa..nanti aku tapis la)

12. Romi
(auw..kak aida kenapa aku teraniaya ni, aku suci lagi tau, tak nak kwn kak aida)

13. Faiz @ Fazi
(kak aida kenapa kak aida buat lawak ni, kenapa izi tersenarai ni kak aida..kenapa mesti saya)...

(hahahahah..dgn puakanya aku gelak sebab aku ada letak 3 nama adik2 aku yg aku sgja nak bikin diorang PANAS..hahahah, mot, romi., faizi- akak saja nak naya korunk..ada aku kesah??? cak cak cak cak cak..)




Regards
DeLurVe --eksyen lagi toya
2.09 pagi

Thursday, July 2, 2009

AWEK BARU ATANTUYA - YAZLIZZ


CUN TAK AWEK BARU ATAN?

NAMA DIE LIZA..UOLS JGN MARAH..JGN MARAH..GOSSIP INI BENAR! SELAMAT MENATAP..BG KORUNK YG MENATAP PIC NI PASTU MENANAH BIJIK MATA, BWK 2 BERSABAR YE ESP NURUL, SHUPA, INDAH, AISHAH, BWK 2 PEGI MENGURUT DADA..AUW..MAKAN HATI KER? PADAN MUKE KORANG..
MEREMBES SGT KE NYAH?..AUW..SAPA CEPAT DIA DPT? TAK GITU ATAN? ATAN DAH JATUH HATI..YG LAIN MAKAN HATI..ADA AKU KESAH?? MAK OK JER GITU..OPSS GAMBAR LAIN NANTI AKAK PERAS UGUT KAK CHIKU POST KAT AKAK PASTU AKAK TEMPEK KAT SINI..UOLS NAK TAU DIORANG MALAM TADI MESRA, MKN SUAP2 TAU..AR...MAK TAK TIPU MAK BOHONG JER..KAKI REMBES SAPA??..
Regards
DeLurve
p/s: korunk percaya ke propa akak?? suka hati korunk lah..