Saturday, July 4, 2009

BULETIN MEROYAN --YAZID BUAT HAL LAGI




AKHBAR : HARI-HARI MEROYAN
TAJUK UTAMA : YAZID WAT HAL DI GATHERING FRENSCLUB YAZIDANCERS DI RESTORAN REBUNG JALAN MAAROF BANGSAR 1 JULAI 2009

Kuala Lumpur, Rabu- 1 Julai 2009 - Yazid Ibrahim bekas finalis Akademi Fantasia musim ketujuh buat hal lagi?? Huh, apakah ini?..Yazid telah menimbulkan keramahan orang ramai di Jalan Maarof Bangsar kerana menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Yazid di katakan membawa seramai 60 orang kaki samseng dan mula menduduki premis Restoran Rebung pada jam 8.00 malam. Dengan senyuman penuh bermakna mereka dikatakan mula mengambil sejug air dan menuang air ke dalam gelas masing-masing. Kemudian mereka bingkas bangun sambil mengambil nasik tomato beserta ayam masak merah, dan ada juga di antara mereka yang mengambil chicken wings sambil di makan bersama sos cili yang pekat melanda.

Selain daripada itu ada juga antara kaki samseng yang di gelar Dancers dengan syok sendirinya mengambil microfon sambil menyanyikan beberapa buah lagu, antara Dancers yg dikenal pasti mensumbangkan lagu tersebut adalah : Along @ Grolong dengan lagu beliau - AKU CINTA PADAMU, Yana & ALong dengan Lagu HATI KAMA, LIYANA dengan Lagu Elyana - KALIS RINDU, Abg Botak menyanyikan dua buah lagu manakala isteri kepada ENCIK IBRAHIM GREAT ESTERN telah menyanyikan lagu daripada Kris Dayanti iaitu MENCINTAIMU dengan bangganya tanpa ada pitching yang lari walau 4 x 400 sekalipun.

Konco dancers yang di geruni iaitu NOMOT telah menghadiahkan sekuntum bunga yang telah dicuri di premis tersebut kepada NENI (iaitu kakak yazid sendiri). Mereka berdua ini berjaya menggegarkan pentas dan hampir menyebabkan beberapa ekor semut yg berada berhampiran bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing. beberapa lagi Dancers ganas yang mencatatkan beberapa rekod jenayah lampau sebelum ini iaitu kesalahan mereka ialah membunuh beberapa ekor nyamuk tiruk semasa mereka bercamping di dalam hutan, iaitu NURUL, WAFI & DEE telah menangkap beberapa keping gambar Yazid dan menimbulkan kemarahan KAK CHIKU seorang lagi Dancers yang dikehendaki Polis Bangladesh.

Orang kanan Yazid iaitu kak uji telah melakukan beberapa cubaan mengorat sambil diperhatikan oleh otaimer beliau iaitu ABAH BRAHIM & ABG CHEL sementara EDMUND COUTOURE yang turut berada di tempat kejadian hanya mengusha dan malas nak amik port atas apa jua yang berlaku kerana tidak memahami sepatah haram pun yang orang lain cakap sebab beliau orang putih la katakan..

ROMI & FAIZI pengganas professional dikatakan hanya menjadi tukang coverline pada malam tersebut dan FAIZI dengan plastiknya mengambil gambar berdua dengan YAZID. Persaingan dua penjuru ini adalah diakibatkan atas dasar tekanan perasaan yang di alami oleh FAIZI kerana sebelum ini FAIZI pernah diCantas jalannye oleh YAZID..ehem-ehem, paham2 sendiri la ye. ROMI seorang tukang COVER yang handal telah dikantoikan oleh NENI apabila memanggil FAIZI dengan satu nama yang pernah didengar oleh YAZID sebelum ini --jeng jeng jeng..

YAZID dan samseng2 yang seramai 60 orang itu telah meninggalkan premis pada jam 11.30 malam tanpa ada pertumpahan darah cuma pertumpahan sos dan juga air minuman. Banyak juga pinggan & mangkuk yang "bocor" kerana isi dalamnya telah selamat memasuki saluran PANKREAS masing-masing.

YAZID dengan ganasnya juga menyanyikan beberapa buah lagu antaranya "AYAHKU KAHWIN LAGI, AKU SEMUT MERAH, ENJIT2 SEMUT & BIAR SAKIT GIGI DARIPADA DITIPU JANDA"..(hahahha..aku wat cite lagi)

Pemenang2 cabutan bertuah yang mana di cabut nombornya oleh YAZID telah dihadiahkan dengan hadiah2 seperti berikut :

Hadiah utama :

1. Melancong tak balik2 ke PARIT.

Hadiah SAGUhati
1. Batu Bata
2. Peti Ais 18 pintu


Majlis berakhir dengan penuh senyuman daripada YAZID yang berjaya mencari calon-calon isterinya..HAHHAHHA---kak aida gelak puaka lagi.

OKAYlah berita dah habis, nanti esok2 kak aida mengarut lagi yer


Berita dari
Takde NAMA

Delurver
3.24 pagi --tak tido2

No comments: